Tuhan, aku tak mintak banyak.
Nanti, mungkin
sepuluh tahun akan datang, aku tak harap pun aku jadi famous ke apa. Aku tak
teringin langsung nak jadi jutawan ke, dapat duit puluhan billion ke. Tapi aku
nak hidup aku tenang. Aku nak buat kerja yang aku suka, gaji tak tinggi sangat
pun tak apa, asal cukup makan pakai aku, cukup nak bagi mak tiap bulan,cukup
nak bawak family pergi mana2, cukup nak isi petrol kereta dengan bayar
internet. Tak payah ada kerete pun tak apa kot. Apedehal, asalkan public
transportation kat Malaysia dah efficient dan maju. Kurang sesak, tak payah
bayar minyak, tak payah bayar tol.
Tuhan, aku tak
mintak banyak.
Tapi kalau boleh
kurniakan aku kesayangan yang boleh isi kehilangan. Aku tak berkehendak yang
muka jambu, kulit putih mulus ataupun yang kacak nak mampus. Itu nanti susah
nak jaga. Apa kata Kau beri aku seorang yang biasa. ? seorang yang aku boleh
rasa nak build a snowman bersama. Ye, aku tahu Malaysia ni panas mana boleh nak
build a snowman. Tapi iCity kan ada. ^_^
Tapi itulah kan,
manusia tetap akan kekal menjadi manusia. Sekejap kau kata nak yang ini, tapi
lepas dah dapat, kau akan mula mintak yang itu, itu dan itu. Berapa orang atas
dunia yang serupa dengan aku? Aku yang tak pernah puas, aku yang berperangai
lagak binatang buas. Aku yang tak pernah rasa cukup, kalau tak dapat rasa nak
meletup.
Saban hari
sebelum tidur, kau mungkin berdoa “ Tuhan, tolong hidupkan aku esok pagi. Beri
aku peluang sekali lagi.” Tapi bila Tuhan beri kau kesempatan untuk melihat
matahari, kau mencarut kerana mungkin ada benda yang buat kau sakit hati. Pantang
jika ada aral yang mendatang, mulalah nak cabut nyawa dari badan. Aku yang
melihat kau meroyan hari hari pun rasa nak jerit:
Apa kau nak lagi
ungrateful brats??
*September
7jun2015