follow hokeh !

Sunday, September 15

Rindu..2


Menjadi seeorang perindu tegar. Rindu pada kenangan. Rindu pada arwah. Allahurabb.. salah kah aku  jika rasa rindu ini tidak mampu berhenti. 

Aku masih ingat lagi. masa tu study week bermula. Sem lepas la.. sem lepas aku Cuma ambik 3 paper je. First paper titas.. lepas tu seminggu kemudian pulak. Hari rabu minggu selepas nya. Dan juga jumaat.lepas paper titas aku saje2 call ma. Tanye kabar. Tapi ma cakap mase tu abah dah balik rumah.. ekceli abah mintak balik rumah.. apa2 pun dokter2 kat HSNZ sume nye sporting. Abah dibenarkan pulang. Tapi tuu la.. keadaan Nampak makin teruk. Abah pun takleh cakap banyak. Masa aku call ma, ma kata everything gonna be okay. Ececey..ma cakap omputih.. -_- .


Tapi lepas matikan talian.. lima sepuloh minit la jugak,angah call balik. Tanya bile pulak exam. Kalau abang E nak mari ambik aku nak balik x? urm.. aku terpikir jugak.. isk isk. Ape ni? Tadi kata okay..pastu nak mari ambik aku pulak.. ni mesti ae yg tak kena. Biasa nya ma tak bagi balik kalau tak teruk.


Aku call ma. Tak jawab. Aku call ema. Tak jawab jugak. Call angah pulak. Tak jawab jugak. Sedarkah kalian aku ni dah macam cacing kepanasan..huhu. usaha last. Call abang e.  yes! Dia jawab. Abang E dah on the way nak mari ambik aku. Maybe pukul 2am sampai lah dia kat UMP..aku dah siap sedia. Kemas baju. Simpan apa yg patut. Dan jugak bawak balik note. Sebab masih ada dua paper lagi yg tak ambik. 

Sepanjang perjalanan rasa tak sedap hati. Tapi selamber je tido.zzZZ. Takpe lah.bukan aku pun drive kan. Hehe..  pagi tu lepas subuh sampai rumah.. abah baring kat tempat biasa. Atas tilam yg aku selalu duk guna. Bukan aku je. Ekceli kitorang semua. Abah baring kat tengah rumah. Eh, kenapa tak bukak mata. Kalau buka pun sayu je nengok. Aku jadi sebak. Tapi takleh nak nangis. Semua siblings aku takde nye nak nangis.. hati kental semua nya. Semua tak share duka. Padahal macam ah aku tak tengok. Adik aku.akak aku. Sume nangis. T_T


Aku ingat kan biasa2 je. Tapi ni dah teruk. Nak cakap punya lah susah. Nak makan pun guna wayar. Boleh bayangkan tak? Badan tak usah cakap lah.memang kurus. Kurus sangat. Sedih.  Nak telan makanan memang tak boleh. Kencing guna wayar. Memang takleh gerak langsung. Okay. Kalau itu dah memang ketentuan dari Nya. Bukan kah sakit itu kafarah? Bagi menghapus dosa2 kecik. 

malam tu.. lepas magrib..same2 duk kat abah. iman pun ade sekali. aku tanya abah.. "abah, orang bace yasin deh?" abah angguk.. Allahurab.. sayu sangat hati ni.. memang kadang2 masa abah sihat dulu abah selalu suruh kitorang baca yasin. supaya abah tenang. kata nya. sambil2 baca..sambil2 air mata meleleh. tu la kai pertama aku nangis. depan abah. =(

Hari khamis.jumaat.sabtu.ahad n isnin . dah tiba masa kena gerak balik UMP . sebab rabu n jumaat ada exam lagi. kali ni pun ababg e jugak gi hantar. N sekaligus ambik barang2 semua.hati berat nak tinggal. tapi ape kan daya. ada amanah lain lagi yang perlu dipikul. 

tiba2 ma tanya aku.. kalau jadi apa2 pada abah macam mana? macam mana ngn exam. let say lah hari exam? aku marah ma. apa ni.. takkan jadi apa2 punya lah. jangan risau. takde ape2 berlaku. aku yakinkan ma. sebab aku rasa abah mampu bertahan lagi. abah kuat. 

aku kembali jugak ke UMP dengan berat hati. sebenar nya aku jugak pikirkan benda yg sama dengan yg ma pikir kan.. kalau lah.. syuhh.. think positive epal.

sangka kan panas hingga ke petang.. Rupanya hujan di tengah hari... *to b cont. x sanggup dah*

2 comments:

  1. Assalamualaikum, sahabatku..
    Kehilangan org tersyg sgtlah dirasai.. Tp apa lagi yg kita mampu buat.. Ajal maut, jodoh ketentuan semuanya di tangan-Nya.. semuanya kehendak Allah SWT.. kita hamba-Nya kena terima seadanya.. mungkin ada hikmah disebalik semua nie.. awak kena kuat sahabatku.. jgn sesekali lemah, jatuh.. awak kena kuat demi org sekeliling awak yg masih perlukan awak.. yg pergi ttp dah pergi.. yg masih hidup, perlulah teruskan hidup.. sentiasalah titipkan doa utk arwah.. semoga arwah berada dlm kalangan org beriman.. Aamin.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. terima kasih sahabat.. sesungguh nya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. =) . teria kasih atas nasihat

    ReplyDelete