follow hokeh !

Saturday, October 19

Ku Titip Rindu Abah (last) ~



Sambung lagi..

            Last exam hari jumaat. Ma dah kol. Cakap abah masuk hospital lagi. kali ni kena operate kat mane ntah. Okay ma. Esok nya aku balik. Singgah kat MPKT . petang kalau tak silap. Masa tu abang e dah ade kat HSNZ . angah sekali. Ema n ma jaga abah. Kat icu .

Nak naik teksi gi HSNZ . tapi ma tak kasi. Ma suruh jugak abang e g ambik.yelaa.. dekat kan. Sampai kat sana pukul 4.. tapi masa tu hospital mane boleh masuk kan. So, kitorang duduk2 dulu kat bawah.. jalan2 tepi pantai. Heaven gila rasa. Tak tau ni keadaan abah macam mana. So, ma kata aku duduk terus la kat hospital. Tak yah balik. Biar ema balik pulak. Tukar2..

Aku okay je.. sebelum ni pun memang guard tu dah kena tipu pun. N dah kamcing sangat rasa. Nak turun beli kfc pun guard tu mintak tolong belikan..haa.. tak kamcing lagi ke gitu? Makan bersama sama. Gituu..

Okay.berbalik kepada cerita. Pukul 5pm tu kitorang pun naik la. Masa melawat.memang ramai la kan.tambah2 kat icu. Kat luar tu macam pasar dah aku tengok. Kat icu HSNZ ni takleh  masuk ramai2. Max 2 org je. Tu pun kena pakai pas pelawat.


gambar ihsan http://instagram.com/cik_epal

 So, aku biarkan pelawat2 lain gi masuk dulu. Aku?  Cool bebeh. Duk sini kan.bebile je boleh masuk. Masa ema n angah masuk tu..sekejap gila. Aku tengok mata diorang merah. Eleh.. yoyoo je kan. -_-

Abang e pun masuk kejap je. Lepas tu sape sape ntah masuk. N akhirnya aku n ma pulak. Ma teman aku. Padahal ma takmau masuk dah. Terkejut aku. Abah duk katil paling hujung. So sebelum sampai sana kena lalui pelbagai macam pesakit.semua yang duk icu sana teruk2. Sampai aku ni nak patah balik ke tak?patah balik ke tak? Okay..jalannn..

Mata abah kuning. Darah rendah. Takleh gerak. Mata je gerak2. X sanggup aku tengok. Buat2 tengok alat sekeliling. Gila kau aku nak ngadap abah ngn mata aku macam hape ntah. Comform kalau aku terkelip je mata ni terus empangan pecah. Pegang tangan abah. Sejuk je. Mata takleh nak tutup. Sebab muka dah terlalu cengkung. Minum susu je. Guna wayar =( 

Kejap je. Dalam 10minit je duk situ. Ma tak bagi duk lama2. Sebab nak bagi abah berehat. Keluar tu  terus terdiam. Takmau dah cakap macam2. Tetiba angah tunjuk gambar yang dia ambik. @^$## ! sepatut nya takleh ambik gambar ye dalam icu. Nanti bagi effect pd machine2 yg ada. Kitorang terdiam.

Hari sabtu.hari ahad. Aku duk situ. Pagi lepas semayang subuh dapat masuk sampai pukul tujuh. Lepas tu masuk masa melawat pukul 12.30. dan seterusnya pukul 5pm. masa tu je boleh masuk. Alhamdulillah. Dokter tutup mata abah. Sebab tak nak bagi cahaya masuk.

Pagi isnin tu dah okay siket. Sape ntah mesej Tanya macam mana keadaan abah. Aku  jawab okay. Makin baik. Mungkin boleh keluar dah. Lepas masa melawat n makan tengahari tu. Sepupu aku yg dokter n nurse naik. Nak tengok abah. Well. Dokter kan. Masuk cenggitu je haa.. kalau aku tau aku bwak baju lab aku ni jugak.. =)

Tiba2 je dokter panggil ma masuk sekali. Eh.aku? nak masuk jugak. Konpiden je ni. Tapi malang nya. Guard yg tak sporting tu Nampak. Terus dihalaunya aku. Sedih siot. Takpe. Aku tunggu kat luar. Terteleng teleng kepala duk nunggu. Then, sepupu aku tu pun keluar n dia cakap hape ntah ngn guard tu so aku boleh masuk. Yehaa.. eh.. sepupu aku ada cakap. Gi baca yasin kat abah nuh.erkk.. aku terus belari. Sempat la jatuh terguling kat pintu masuk. Cover2. Takde org. hnya pesakit je.. okay. Jalan dengan cool. Sampai je kat bed abah. Tengok ma nangis2. Eh apasal pulak kan.tengok kat mesin tu. Bacaan memang kucar kacir lintang pukang. Aku dah syak yg tak bape elok. Teringat pulak yg aku tak semayang zuhur lagi.k.gi semayang zohor n ambik yasin sekali.

Rupa rupanya dokter  dah nak cabut mesin yg kawal jantung abah. Katanya darah terlampau rendah. Kalau bertahan lebih lama pun kesian kat abah. Kali pertama aku tengok ma nangis. Dokter mintak semua ahli keluarga berkumpul.datang. tapi. Semua kat setiu sekarang ni.kalau nak tunggu pun mungkin ambik masa dalam 2jam.so sekarang hanya aku n ma je ada. Baca yasin.pegang tangan abah. Aku ni dah la noob sangat pasal mesin tu. Tengok je nombor turun naik tanpa memikirkan apa2. Baca yasin tak henti2. Hanya berdoa. Dalam hati dah terdetik “ kalau dah ajal abah, Tuhan Kau tolong lah permudahkan semua ini.” “kalau dengan cara Kau ambik abah, abah tak terseksa lagi..ambik lah”.  dah redha.

Tepat 4.18pm. abah pergi. Pergi dari dunia ni. Hanya aku dan ma je yang ada. =( . sempat hantar mesej sekeping dua buat kengkawan. Utk makluman

Dan masa menunggu sedara2 datang, aku sedekah kan lagi yasin dan alfatihah buat abah. Semoga dosa2 abah diampunkan.dan tak lupa juga ditempatkan di kalangan orang2 beriman.Aminn.

Nak balik rumah kat setiu. Nak kembalikan jenazah di rumah sendiri. Dengan menaiki van jenazah dan aku jugak yang berada dalam van tersebut dan  memang tak disangka sangka aku lagi yang terpilih berada di sebelah driver. Dalam van tersebut hanya kalimah2 suci je yg kedengaran. Bukan takleh berborak, Cuma masa tu otak dah kosong rasanya. Totally lost! Rasa macam ni satu mimpi yang panjang.

Sampai je rumah pun tetap cool. Tapi bila dah tengok ramai yang duk berkerumun kat rumah kita kan, tambah2 lagi dengar ade org baca yasin ni. Baru lah otak kembali berfungsi. Oh ! kenyataan rupanya. Tak boleh nak buat apa. Orang usung abah naik atas rumah. Letak atas tilam.terbaring kaku. Hanya kain putih yang membaluti. Abah ke ni? Ma pun meraung2. Macam orang tak sedar. Mungkin ma jugak macam aku. Baru sedar. Ni semua benar2 terjadi.



Banyak sebenar nya nak kongsi perasaan , pengalaman dan bla bla bla. Korang mungkin akan cakap ‘eleh, macam tu je pun kan..’  tapi ketahuilah.. apa yang korang baca takkan sama dengan apa yang aku rasakan. Dan suatu hari nanti bila korang dah rasa sendiri masa tu lah korang akan sedar. Apa itu sakit.jatuh.pedih. 


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     
( Al-Baqarah: 286)

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

TABAH  .aku kena kuat. peliss~

4 comments:

  1. Jom join GA ni!

    last 30 NOV!cEPAT!


    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2013/11/1k-giveaway-by-cik-arnab.html

    ReplyDelete
  2. semoga abah cepat sihat ya..tabah hadapi ujian ni...

    ReplyDelete
  3. Get well soon buat Abah awak. Saya datang follow. Kalau sudi like page baru saya ye https://www.facebook.com/dzureendarwisblogspot :)

    ReplyDelete
  4. semoga abah cepat semuh yer.. ini ujian untuk keluarga kamu..semoga di permudahkan urusan

    ReplyDelete