follow hokeh !

Monday, December 30

~Pemadam~




aku pemadam..

kadangkala aku tertanya tanya kenapa aku dijadikan pemadam. kenapa tak pencil box? atau calculator mungkin. boleh jugak aku dijadikan pelindung . dan memudahkan kerja tuan aku kelak. bahkan mungkin aku akan disayang oleh tuan aku melebihi daripada yang lain. almaklumlah, calculator tu mahal harga nya. mestilah dijaga seelok elok nya kan. kalau pemadam ? rm 0.20 je. yang paling mahal pun rm1.00 . jadi aku tak dihargai sangat lah. biasalah manusia kan. kalau yang mudah didapati tu senang2 je dia lupakan. abaikan.

Hidup aku tak seperti kawan2 aku yang lain. tapi aku bahagia. bahagia dalam kesedihan. tugas aku hanya perlu korbankan sedikit demi sedikit tubuh badanku. aku korbankan kerana ingin membantu tuan aku. kesalahan yang dilakukan oleh encik pensil tu aku rasa boleh lagi dimaafkan. sebab tu lah aku redha. malah aku biarkan saja apa yang terjadi pada diriku. supaya aku dapat lihat senyuman terukir di bibir tuan aku.

Aku tidak kisah. sebagaiman yg kalian lihat, Aku dilahirkan adalah untuk melakukan tugas ini. iaitu memadam kesalahan2 yang dilakukan oleh encik pensel. kenapa aku perlu mempertikaikan lagi? malah aku ikhlas membantu encik pensel bila-bila masa dia melakukan kesilapan, walau suatu masa nanti aku tahu yang aku akan hilang dan tuan aku akan menggantikan aku dengan pemadam yang baru,.

korang tau kan..prinsip aku. kalau aku tak dapat gembira kan dia pun sekurang kurangnya aku mampu menceriakan hari hari dia. Dan aku berharap agar dapat meneruskan perjuangan aku ini hingga ke *habuk2 yang terakhir.



bosang tak study. 15minit je. bukan cerita cerituk semata mata melainkan terdapat pengajaran serta kePERLIan.

Tuesday, December 24

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM


Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
kalau org pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak tanya kepada ibubapa...mampus nak jawab ni!.. simpan nota ini.

30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW. 

Saturday, October 19

Ku Titip Rindu Abah (last) ~



Sambung lagi..

            Last exam hari jumaat. Ma dah kol. Cakap abah masuk hospital lagi. kali ni kena operate kat mane ntah. Okay ma. Esok nya aku balik. Singgah kat MPKT . petang kalau tak silap. Masa tu abang e dah ade kat HSNZ . angah sekali. Ema n ma jaga abah. Kat icu .

Nak naik teksi gi HSNZ . tapi ma tak kasi. Ma suruh jugak abang e g ambik.yelaa.. dekat kan. Sampai kat sana pukul 4.. tapi masa tu hospital mane boleh masuk kan. So, kitorang duduk2 dulu kat bawah.. jalan2 tepi pantai. Heaven gila rasa. Tak tau ni keadaan abah macam mana. So, ma kata aku duduk terus la kat hospital. Tak yah balik. Biar ema balik pulak. Tukar2..

Aku okay je.. sebelum ni pun memang guard tu dah kena tipu pun. N dah kamcing sangat rasa. Nak turun beli kfc pun guard tu mintak tolong belikan..haa.. tak kamcing lagi ke gitu? Makan bersama sama. Gituu..

Okay.berbalik kepada cerita. Pukul 5pm tu kitorang pun naik la. Masa melawat.memang ramai la kan.tambah2 kat icu. Kat luar tu macam pasar dah aku tengok. Kat icu HSNZ ni takleh  masuk ramai2. Max 2 org je. Tu pun kena pakai pas pelawat.


gambar ihsan http://instagram.com/cik_epal

 So, aku biarkan pelawat2 lain gi masuk dulu. Aku?  Cool bebeh. Duk sini kan.bebile je boleh masuk. Masa ema n angah masuk tu..sekejap gila. Aku tengok mata diorang merah. Eleh.. yoyoo je kan. -_-

Abang e pun masuk kejap je. Lepas tu sape sape ntah masuk. N akhirnya aku n ma pulak. Ma teman aku. Padahal ma takmau masuk dah. Terkejut aku. Abah duk katil paling hujung. So sebelum sampai sana kena lalui pelbagai macam pesakit.semua yang duk icu sana teruk2. Sampai aku ni nak patah balik ke tak?patah balik ke tak? Okay..jalannn..

Mata abah kuning. Darah rendah. Takleh gerak. Mata je gerak2. X sanggup aku tengok. Buat2 tengok alat sekeliling. Gila kau aku nak ngadap abah ngn mata aku macam hape ntah. Comform kalau aku terkelip je mata ni terus empangan pecah. Pegang tangan abah. Sejuk je. Mata takleh nak tutup. Sebab muka dah terlalu cengkung. Minum susu je. Guna wayar =( 

Kejap je. Dalam 10minit je duk situ. Ma tak bagi duk lama2. Sebab nak bagi abah berehat. Keluar tu  terus terdiam. Takmau dah cakap macam2. Tetiba angah tunjuk gambar yang dia ambik. @^$## ! sepatut nya takleh ambik gambar ye dalam icu. Nanti bagi effect pd machine2 yg ada. Kitorang terdiam.

Hari sabtu.hari ahad. Aku duk situ. Pagi lepas semayang subuh dapat masuk sampai pukul tujuh. Lepas tu masuk masa melawat pukul 12.30. dan seterusnya pukul 5pm. masa tu je boleh masuk. Alhamdulillah. Dokter tutup mata abah. Sebab tak nak bagi cahaya masuk.

Pagi isnin tu dah okay siket. Sape ntah mesej Tanya macam mana keadaan abah. Aku  jawab okay. Makin baik. Mungkin boleh keluar dah. Lepas masa melawat n makan tengahari tu. Sepupu aku yg dokter n nurse naik. Nak tengok abah. Well. Dokter kan. Masuk cenggitu je haa.. kalau aku tau aku bwak baju lab aku ni jugak.. =)

Tiba2 je dokter panggil ma masuk sekali. Eh.aku? nak masuk jugak. Konpiden je ni. Tapi malang nya. Guard yg tak sporting tu Nampak. Terus dihalaunya aku. Sedih siot. Takpe. Aku tunggu kat luar. Terteleng teleng kepala duk nunggu. Then, sepupu aku tu pun keluar n dia cakap hape ntah ngn guard tu so aku boleh masuk. Yehaa.. eh.. sepupu aku ada cakap. Gi baca yasin kat abah nuh.erkk.. aku terus belari. Sempat la jatuh terguling kat pintu masuk. Cover2. Takde org. hnya pesakit je.. okay. Jalan dengan cool. Sampai je kat bed abah. Tengok ma nangis2. Eh apasal pulak kan.tengok kat mesin tu. Bacaan memang kucar kacir lintang pukang. Aku dah syak yg tak bape elok. Teringat pulak yg aku tak semayang zuhur lagi.k.gi semayang zohor n ambik yasin sekali.

Rupa rupanya dokter  dah nak cabut mesin yg kawal jantung abah. Katanya darah terlampau rendah. Kalau bertahan lebih lama pun kesian kat abah. Kali pertama aku tengok ma nangis. Dokter mintak semua ahli keluarga berkumpul.datang. tapi. Semua kat setiu sekarang ni.kalau nak tunggu pun mungkin ambik masa dalam 2jam.so sekarang hanya aku n ma je ada. Baca yasin.pegang tangan abah. Aku ni dah la noob sangat pasal mesin tu. Tengok je nombor turun naik tanpa memikirkan apa2. Baca yasin tak henti2. Hanya berdoa. Dalam hati dah terdetik “ kalau dah ajal abah, Tuhan Kau tolong lah permudahkan semua ini.” “kalau dengan cara Kau ambik abah, abah tak terseksa lagi..ambik lah”.  dah redha.

Tepat 4.18pm. abah pergi. Pergi dari dunia ni. Hanya aku dan ma je yang ada. =( . sempat hantar mesej sekeping dua buat kengkawan. Utk makluman

Dan masa menunggu sedara2 datang, aku sedekah kan lagi yasin dan alfatihah buat abah. Semoga dosa2 abah diampunkan.dan tak lupa juga ditempatkan di kalangan orang2 beriman.Aminn.

Nak balik rumah kat setiu. Nak kembalikan jenazah di rumah sendiri. Dengan menaiki van jenazah dan aku jugak yang berada dalam van tersebut dan  memang tak disangka sangka aku lagi yang terpilih berada di sebelah driver. Dalam van tersebut hanya kalimah2 suci je yg kedengaran. Bukan takleh berborak, Cuma masa tu otak dah kosong rasanya. Totally lost! Rasa macam ni satu mimpi yang panjang.

Sampai je rumah pun tetap cool. Tapi bila dah tengok ramai yang duk berkerumun kat rumah kita kan, tambah2 lagi dengar ade org baca yasin ni. Baru lah otak kembali berfungsi. Oh ! kenyataan rupanya. Tak boleh nak buat apa. Orang usung abah naik atas rumah. Letak atas tilam.terbaring kaku. Hanya kain putih yang membaluti. Abah ke ni? Ma pun meraung2. Macam orang tak sedar. Mungkin ma jugak macam aku. Baru sedar. Ni semua benar2 terjadi.



Banyak sebenar nya nak kongsi perasaan , pengalaman dan bla bla bla. Korang mungkin akan cakap ‘eleh, macam tu je pun kan..’  tapi ketahuilah.. apa yang korang baca takkan sama dengan apa yang aku rasakan. Dan suatu hari nanti bila korang dah rasa sendiri masa tu lah korang akan sedar. Apa itu sakit.jatuh.pedih. 


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     
( Al-Baqarah: 286)

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

TABAH  .aku kena kuat. peliss~

Sunday, September 15

Rindu..2


Menjadi seeorang perindu tegar. Rindu pada kenangan. Rindu pada arwah. Allahurabb.. salah kah aku  jika rasa rindu ini tidak mampu berhenti. 

Aku masih ingat lagi. masa tu study week bermula. Sem lepas la.. sem lepas aku Cuma ambik 3 paper je. First paper titas.. lepas tu seminggu kemudian pulak. Hari rabu minggu selepas nya. Dan juga jumaat.lepas paper titas aku saje2 call ma. Tanye kabar. Tapi ma cakap mase tu abah dah balik rumah.. ekceli abah mintak balik rumah.. apa2 pun dokter2 kat HSNZ sume nye sporting. Abah dibenarkan pulang. Tapi tuu la.. keadaan Nampak makin teruk. Abah pun takleh cakap banyak. Masa aku call ma, ma kata everything gonna be okay. Ececey..ma cakap omputih.. -_- .


Tapi lepas matikan talian.. lima sepuloh minit la jugak,angah call balik. Tanya bile pulak exam. Kalau abang E nak mari ambik aku nak balik x? urm.. aku terpikir jugak.. isk isk. Ape ni? Tadi kata okay..pastu nak mari ambik aku pulak.. ni mesti ae yg tak kena. Biasa nya ma tak bagi balik kalau tak teruk.


Aku call ma. Tak jawab. Aku call ema. Tak jawab jugak. Call angah pulak. Tak jawab jugak. Sedarkah kalian aku ni dah macam cacing kepanasan..huhu. usaha last. Call abang e.  yes! Dia jawab. Abang E dah on the way nak mari ambik aku. Maybe pukul 2am sampai lah dia kat UMP..aku dah siap sedia. Kemas baju. Simpan apa yg patut. Dan jugak bawak balik note. Sebab masih ada dua paper lagi yg tak ambik. 

Sepanjang perjalanan rasa tak sedap hati. Tapi selamber je tido.zzZZ. Takpe lah.bukan aku pun drive kan. Hehe..  pagi tu lepas subuh sampai rumah.. abah baring kat tempat biasa. Atas tilam yg aku selalu duk guna. Bukan aku je. Ekceli kitorang semua. Abah baring kat tengah rumah. Eh, kenapa tak bukak mata. Kalau buka pun sayu je nengok. Aku jadi sebak. Tapi takleh nak nangis. Semua siblings aku takde nye nak nangis.. hati kental semua nya. Semua tak share duka. Padahal macam ah aku tak tengok. Adik aku.akak aku. Sume nangis. T_T


Aku ingat kan biasa2 je. Tapi ni dah teruk. Nak cakap punya lah susah. Nak makan pun guna wayar. Boleh bayangkan tak? Badan tak usah cakap lah.memang kurus. Kurus sangat. Sedih.  Nak telan makanan memang tak boleh. Kencing guna wayar. Memang takleh gerak langsung. Okay. Kalau itu dah memang ketentuan dari Nya. Bukan kah sakit itu kafarah? Bagi menghapus dosa2 kecik. 

malam tu.. lepas magrib..same2 duk kat abah. iman pun ade sekali. aku tanya abah.. "abah, orang bace yasin deh?" abah angguk.. Allahurab.. sayu sangat hati ni.. memang kadang2 masa abah sihat dulu abah selalu suruh kitorang baca yasin. supaya abah tenang. kata nya. sambil2 baca..sambil2 air mata meleleh. tu la kai pertama aku nangis. depan abah. =(

Hari khamis.jumaat.sabtu.ahad n isnin . dah tiba masa kena gerak balik UMP . sebab rabu n jumaat ada exam lagi. kali ni pun ababg e jugak gi hantar. N sekaligus ambik barang2 semua.hati berat nak tinggal. tapi ape kan daya. ada amanah lain lagi yang perlu dipikul. 

tiba2 ma tanya aku.. kalau jadi apa2 pada abah macam mana? macam mana ngn exam. let say lah hari exam? aku marah ma. apa ni.. takkan jadi apa2 punya lah. jangan risau. takde ape2 berlaku. aku yakinkan ma. sebab aku rasa abah mampu bertahan lagi. abah kuat. 

aku kembali jugak ke UMP dengan berat hati. sebenar nya aku jugak pikirkan benda yg sama dengan yg ma pikir kan.. kalau lah.. syuhh.. think positive epal.

sangka kan panas hingga ke petang.. Rupanya hujan di tengah hari... *to b cont. x sanggup dah*

Monday, September 9

#Abah..1



Assalamualaikum..yang pertama dan pertama nya aku meminta pd semua agar sama2 menghadiahkan al fatihah buat arwah abah aku yg pergi lebih kurang 3bulan yg lalu..


Tanpa kita sedar.masa ni berjalan sangat laju sekali. Nah ! dah tiga bulan rupanya. 24jun pukul 4.18pm. di wad icu. Kenangan yg tak mungkin sesekali aku lupa.


Bila rindu itu datang.. tak kira masa atau tempat. datang tanpa diundang. Apakan daya. Selama 20tahun bersama. Walau kadang ditengking,dimarah,dihendik tapi bukan kah itu sayang? Tapi..biasalah. nama pun manusia. Bila ada tak dihargai. Bila dah tiada mula lah tercari cari. Normal? Kan? 


Dah lama abah sakit2.. mula2 aku perasan pun mase dah habis matrik.. lemah. Tak boleh nak makan. Tak ada selera katanya. Tapi.. ingat kan itu biasa..lama kelamaan abah semakin lemah. Ramai jugak panggil untuk berubat.tapi entah.. kadang2 okay..kadang2 tak.. waktu magrib mula lah.badan lemah.


Pernah gak bawak abah ke hospital. Tapi dokter kata disyaki sakit tibi. Kena duk wad seminggu dua. Tapi tahu2 lah abah tu..lari balik?ya..imam2 pun ade gak. Kata nya ada orang dengki.. AllahuAllam.. dah macam2 yg di suggest.. kta nya dah di pihak kritikal. 


Bulan 4 tak silap abah mula masuk wad kat hospital kuala Terengganu. Masa tu aku tak cuti lagi.. tapi dah nak cuti la kiranya. Ma macam biasa. Bukan nak bagitau pun kalau jadi ape2 kat abah. Angah yg duk johor bagitau. Aku marah ma. Ma marah aku balik. Ma marah aku susahkan diri. 


Masa cuti seminggu. Cuti mengundi. Aku balik. Lepas tu terus gi hospital. Oh.. tenang siket hati. Takde lah yg perlu dirisaukan sangat. Abah baik2 saje. Cume takleh nak jalan. Biase kan kalau gout?. Dua tiga hari jugak aku duk situ. Berkampung kat wad lelaki. Tingkat7 .ma kata abah nak kena operate kat peha. Sebab? Buah pinggang. Petang tu aku balik rumah ,malam tu abah kena operate. Tapi takde ape2 yg perlu dirisaukan lah. .memang pesakit buah pinggan akan di operate kat peha,then dada n last sekali kat lengan.


Dah operate kat peha tu pun abah masih lagi balik mengundi. Rugi dua undi katanya kalau tak balik. Ya ! aku tau ! ramai yg duk kata mengata. Sakit2 pun masih pikir politik. Tapi dia tak tau bah macam mana. Tu lah yg spesel nye abah.nasib baik abah beli exora mase aku dapat UMP hari tu. Dgn niat senang nak hantar ambik aku kat Pahang..

tapi rupa2 nya perancangan Dia lebih baik dari segala segalanya. Exora tu untuk senang bawak abah berulang alik ke hospital. Abang E lah yg jadi drebar.masa balik mengundi tu ramai la yg dating bertanya khabar. Tak kira lah musuh sebelum ni ke apa. terima kasih semua.tak sempat singgah kat rumah.lepas mengundi terus balik ke hospital semula.

~will be cont


Thursday, June 27

AlFatihah

Assalamualaikum...

Alfatihah kpd arwah aboh ( Razali bin Alias ) yg telah dijemput oleh Nya yg maha Esa pada
24jun2013 pada pukul 4.18pm di hospital sultanah nur zahirah(wad icu) pd umur 53tahun(terlalu  muda kan?).

sebenarnya aku betul2 tak ready lagi. nasib baik cuti sem

Tuesday, June 11

SEGMENT SEBARKAN SALAM ERATKAN UKHUWAH

CLICK !


sebarkan salam itu kan lebih mulia
saling mendoakan kesejahteraan .. ^_^..
moga ukhuwah kita bertambah erat di antara blogger baru dan lama..
salam perkenalan dari saya FARHANA SI JURUTERA .. :D
 
 
sama2 kita mendoakan

Sunday, June 9

Typical Students..yedok?


final exam dah tibaaaa... bermula 10jun ke 21 jun..pehh.. 
lepas tu cuti 3 bulan.yeay !

.
.
.
.

study week(movie)


2 hari sebelum exam
                                                                     
                                                                  1 hari sebelum exam

10 minit sebelum exam

bila tengok soalan

maka
ya Allah !permudah kan lah.. =)

*Harap2 korang tak de la sampai macam ni kan..haha.... gud luck blake deh... wish me luck !

Segmen Follow April hingga Disember 2013


rajin pulak aku join kan..huhu..

CLICK

*nak novel je sebenar nye.erkk

Saturday, June 8

1st GiveAway Qiela Azman



Hamboi..patah jari i tau..nak kena click berbagai2.. tapi tak mengapa..patah jari anda akan berbaloi..ahakzz


"1st GiveAway Qiela Azman"

Click banner untuk join


Terima Kasih kepada :


Friday, May 17

alasan pelajar



alasan pelajar kepada cikgu!!!

ponteng sekolah-cuma nak meringankan beban cikgu

merwarnakan rambut-saja nak test cikgu ada yg buta warna ke tak

marah cikgu-nak cikgu tahu apa kesalahannya

merayau rayau kat sekolah-nak tengok tengok ada tak berlaku pergaduhan

meniru dalam peperiksaan- nak menyenangkan kerja cikgu

conteng meja-memupuk semangat kesenian

gaduh-menegakkan keadilan

tak siap kerja sekola-hanya ingin menguji kesabaran cikgu

masuk bilik disiplin-sebab cikgu disiplin nak tunjuk kecantikan bilik dia.

membuang sampah merata2-supaya cikgu ada topik menarik nak cakap masa perhimpunan sekolah

main nyorok2-nak tahu cikgu mahir tak selok belok kawasan sekolah

hisap rokok dalam sekolah-saja nak uji alat pengesan kebaran berfungsi tak dalam sekolah

mengutuk cikgu yg x disukai--sengaja nak uji tahap keimanan cikgu

bergaduh dgn geng-saja nak latih cikgu jd reff utk wwf

datang lambat sekolah-saja nak cikgu panas enjin pagi2

main mercun tengan malam-nak kejut kan warden bangun qiam

Monday, April 29

Segmen : Hey ! blogger asal mana?

KLIK SINI
 senang dan mudah.. follow belog TANPA GOSIP KUDENGAR, KULIHAT, KURASA dan tampal banner dia atas okay.

ehh tak jawab lagi soalan kan? 
asal??

TERENGGANU !

untuk lihat apa yg ada di terengganu sila click ni !


Tuesday, April 2

birthday ku yang ohsemmm!

hoyeah.. ! lame nye x hupdate? why why? bizi sangat ke jiran mak ton ni?ehh.. ahaa..itu yg suuprise. saje je nak menghilang dari u ols *konon nye* , sebab nak  kumpul rindu rinduan u ols tu biar penuh satu baldi.pulak. okay. lets starts awer jerney.die dah mula dahh .

ohoi. beday aku ni. dah doploh taun hokay.memain kau. dalam pada makan x cukup,tidur x cukup, selalu homesick, ni haa..bertambah jugak umur. lepas magrib,menurut islam.maka seharus nye dan sewajar nya aku buang huruf satu tu.tinggal die sengsorang.wuuu.. sekarang i dah 20 okay. bawak 2 tu gi memane je i pegi. *kendong atas belakang. pewitt.. sekalian semesta mohon jeles. okay.yang ini over sangett.

ehem. sekali lagi korang semua patut jeles.bhahaha. so, as we ols semua tau, i ni memang addicted dengan Syeikh Muszaphar Syukor , n sangat menguja kan adalah beliau yg paling first wish beday untuk taun ni. hey ! mau tak gila aku. loncat2 atas katil sebab hepy sangat.haa..mase macam ni la semalam dia wish.lepas magrib. mase solat magrib xde pulak aku doa pasal die.erkk -_- . rezeki kot. ekceli try n error je kat page die.xtau pulak dia siap approve lagi aku jadi kawan ni.ahaha. best ! kau ade fren ngan die?xde kan??hahahaha sekali lagi.

haha..see ! bukti ni tau.haa..kelas kau jah. ~
berdasarkan gambar di atas, sudah percaya kah? ke ada yang tengas menangis kecemburuan?haha.aku mampu gelak nye nyah.sebab aku dah hepy. kih3.ni mau dua tiga minggu aku lock wall ni.xnak bagi orang conteng wall ni,dan seterusnya post Syeikh Muszaphar Syukor  i turun ke bawah. haa.. sape nak angkat balik?tau pun nak lari..

okay.lupakan dulu tentang kesedihan atau kecemburuan u ols tu semua. ni jom nyanyi reramai. xpe lah.dalam belog pun boleh (inikah yg dipanggil forever alone??) .

 Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Farhana kami
Allah selamatkan kamu.


p/s okay3..cepat tiup laptop u ols tu..

okay.sume dah nangis? nampak nya sampai sini je lah.membebel bnyak2 pun bukan u ols kasi hadiah kan?haa..nampak tu mainan psiko dia.tak..sebenarnya, kalau u ols doakan tentang kesejahteraan dan keamanan hidup i pun,i dah ucap bebanyak time kasih daun keladi.len kali boleh doa lagi.hee.bai.


 

Thursday, February 21

Kerbau Kelawar Cacing

Di sini bukan aku nak cite  pasal characteristic binatang2 ni pu..jangan nak eksaited sgt eh :D . Cerita ni di mana akak usrah telah share kan, dan aku sbg org terpilih utk menerima ilmu ni tak segan silu untuk berkongsi dgn shabat2 semua.okay..bagi masa 5 minit dan pahami cite ni okay.


Pada suatu hari, Allah memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, “Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?

Si kerbau menjawab, “Masya Allah! Alhamdulillah, Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.

Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.

Kemudian dia bertanya, “Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?

"Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, dan berjalan menggunakan perutnya,”jawab si kelawar.

Mendengar jawaban itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Lalu Jibril bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?

Si cacing menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya.

faham kan ?iman ! iman ! dan iman !

Tuesday, February 19

bersama mat lutfi

jangan sedih sedih.. meh kiter dgr abang kiter ni cakap ape.
ambik yg positiv buang yg negativ.


setiap ayat itu mungkin bermakna jika anda seorang yg jenis mghargai =)

Monday, January 14

Jom tingkatkan followers sampai lebam


nak join?? klik SINI

bil follower sekarang.see..very new. :D 


meh klik SINI meh kalau nak join.!

Sunday, January 13

warkah cinta berbau syurga =)

perghhh..macam ape je kan tajuk.baru habis marathon Warkah cinta..sobss..bagi penggemar cerita cinta islamik i tak rasa u ol belum tengok. sedih kan?? ape tak?? ok..comfirm xde deria rasa.pehh

Balqis, Amir Mukhlis, Wardah
Hero nya adalah Amir Mukhlis..ehem3.. jangan kacau okay! dia ni penuntut di Maahad Tahfiz , dan heroin nya semesti nya Wardah (budak sekolah agama perempuan). Sorang lagi yg berniqab tu Balqis.ntah dari mana. Tapi mungkin tu jodoh yg sebenar Amir kot.sobss

Amir hidup dalam keluarga yang mengamalkan dengan ilmu agama.Manakala Wardah ni dalam keluarga yang kucar kacir.Mak bapak yang selalu bergaduh.Disebabkan tu lah Wardah ni bertekad nak cari bakal imam (suami lahh) yang ada ilmu agama dan mengamalkan.dan ternyata Amir lah yang sesuai.Kebetulan pulak sepupu si Wardah ni satu sekolah dengan Amir, Rahim nama nye.. so, mula dari situ lah, Wardah yg berwatakan gedik islamik ni mula memasang strategi. Amir tidak memberi respon.Dia berkeras tidak mahu bercinta dan menerima cinta Wardah demi menjaga agama dan status nya sebagai penghafaz alQuran.

tengok ni.gedik tak wardah?? nak usha Amir time ni..
Amir didenda rotan dan baca warkah cinta kat perhimpunan.sedih

"aku takkan lepaskan kau amir"..sedih.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia.sedih.


kalau dia jodohku, maka dekat kan lah kami..sweet kan. melalui doa. =)
Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading.Wardah ke Universiti Malaya dan Amir ke universitu Al Azhar Kaherah u ols..haha. Sebelum Amir ke Mesir tu ekceli dia ade tolak cinta Wardah.pehh...melalak la Wardah.sedih.macam putus harapan nak hidup.bayangkan bakal imam yang didambakan tu tolak dia.tak bagi chance langsung. terus jatuh sakit dan masuk hospital.kat hospital ni part yg korang wajib wajib tengok.ulang sekali lagi.wajib.sangat merobek robek hatiku..sedih.sobsss lagi.hayati gambar di bawah:





haa..korang mesti tergedik gedik nak tau kan?? sangat sedih.tengok tau
Yang best nye lepas tu dorang jadi kawan la.dan Amir pulak siap2 nak ke Mesir dah ni.yang tak tahan nya masa kat airport Amir tu tetap tunggu Wardah .ehemm..dah mula suka nampak.huu.Wardah bagi keychain dan dia bagi ape tau?? gambar!!! walaweyhh..tersedu sedu aku..hah?? dia cakap ape??  awak tunggu saya tau...haaaa..nampak tu?comel je.


"awak tunggu saya ye? kecuali Allah telah takdirkan sesuatu yang lebih besar antara kita"
 tapi setelah bertahun tahun kat sane,hanya warkah je yg menghubungkan , Wardah pula kadang kala tak tahan dengan sikap ego Amir ni tertanya tanya tentang status mereka.Tambahan lagi bapak dia yg gila duit tu paksa dia kahwin ngn Syamsul.alahai...memangla hensem,tapi tak seperfect amir la kot.tau berjudi jer. mase ni sedih. Scene di mana Wardah terima surat dari Amir, yang Amir rela melepaskan Wardah demi hikmah yg tersembunyi..dushhh3..Wardah yg pernah berjanji pada Amir yang dia akan pasrah dan redha je dgn takdir ni, setuju la.kahwin la dia.haih..

scene di mana surat dari Amir..sedih wa cakap luu
Tapi di mana babak sedih seterus nya adalah Wardah mati..heyyy!! heroin mati! ape cerita ni?? hadui.. sadih tau. ni nak nangis ni.huhu .kalau nak tau dia mati sebab ape tengok sendiri.sangat sedih.

teringatkan Wardah tiba2. Deria hati kot.sedih.
Amir ni pulak,setelah sedar yang Wardah dah meninggal dunia (rahim call lah) baru la rasa nak rasa cinta cinta..hadoii..sakit kepala otak aku tau dgn hgpa ni *tetibe emo*.Rupa nya dia CINTA dalam diam.haaa..korang hado?? baru lah dia rasa macam kehilangan.huh.ni la first time Amir nangis.

"semoga roh wardah ditempatkan di kalangan orang2 beriman".Amir mukhlis
Dan di Mesir lah amir jumpa Balgis.(yg berniqab tu). Dalam diam Balqis ni pulak minat ,suka, cinta Amir.hurm..malas la nak citer part ni.xde yg penting pun.ekeke..yang korang kena tahu adalah Amir tetap tolak cinta Balqis..ahaksss..

dan dan dan masa kat mesir tu Amir sakit otak..huhu.. ehh,sakit dalam otak.ada pendarahan beku.antara hidup dengan mati u ol.. haiss.. suspen jer.Tapi dia tak bagitau pada sesape pu.dia balik Malaysia tu baru la heboh..hurm. Dan semua menganggap nya dah mati dalam pembedahan.

ending nya yg dapat yg simpulkan adalah so annoying. Wardah mati.Amir merana sakit.Balqis masih lagi kat mesir.tapi citer ni sebenar nye pun ade sambungan.novel kala cinta dan wahyu bersatu kalau tak silap. Walaupun annoying, tapi sangat enak wey..tengok a..nanti kita share2 okay.dan jugak sangat sedih. *cube teka ade berapa word sedih dalm entry ni?huh..
 
ambik mood sehari nak pulih lepas tengok ni.lepas ni comfirm akan ulang ulang dan ulang lagi.ni cerita cinta islamik kedua selepas best jugak ni .sebab tu eksaited nye lebih nau.kalau ada lagi spesies cerita macam ni korang bagitau eh.dan buat i jatuh cinta u ols pada Amir mukhlis.ohnooo...

thumbs up pada imam muda nazrul ( Amir mukhlis ) dan Heliza helmi ( Wardah ).dan jugak lagu nye yg sangat sedih tuh. download sini .