follow hokeh !

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, April 26

Mak aku . . .


Si IBU yang BODOH...

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian. Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka! "Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi." Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya. "Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!" Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu. "Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..." Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu. "Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!" Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi. "Takde apa cikgu. Maaf cikgu." Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar. "Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?" Cikgu Yong mengangguk. "Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?" Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa. "Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh." Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu. "Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah. Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik! Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia! Kau ada...??" Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas. Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata. *** Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam. Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu. Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.' Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

sumber : facebook




Thursday, April 3

21 tahun sudah diberi kesempatan..

yeay ! dah 21 tahun.dah boleh kawin..erkk

21 tahun = 653184000saat

653184000saat aku hidup. seberapa banyak dah aku ambik oksigen dari Dia.?seberapa banyak dah nikmat yang di kasi pada aku? seberapa kali aku mintak macam2 dengan Dia? Dia tunaikan. besyukur ke aku pada Dia? apa yang dah aku lakukan untuk memakmurkan bumi Dia? Allahur

tepuk dada tanya hati. 

semoga diberi kesempatan.

selamat ulang tahun kelahiran untuk diri sendiri ! semakin bertambah usia. semakin bertambah lah amalan yedok? jangan lupa kematian menunggu di hadapan. semakin lama semakin dekat. sentiasa la bersedia ia menjemput.


bermula dengan tatih
merangkak.
kemudian nya cuba acah2
terus kan dengan jalan adik2
ternyata Dia sangat kasih akan kita
diberi kesempatan meneroka
segenap isi bumi.
minda yg cerdas.
cuma
usaha kena kuat
sesekali datang badai
kita mengeluh
Tuhan tak sayang aku kah?
Allahurabb
jikalau masa diputar
Ungkapan itu kan ku haramkan 
betapa tak bersyukurnya.
tapi 
sekarang
semakin lama aku hidup
semakin banyak dugaan
Tuhan uji
Tuhan letak aku ini
serupa insan terpilih
bertuah sungguh rasa
teruskan
teruskan wahai aku !
teruskan berjalan
ke depan 
depan
dan depan.
semoga Allah Redha.


farhana razali
3 april 14

Saturday, October 19

Ku Titip Rindu Abah (last) ~



Sambung lagi..

            Last exam hari jumaat. Ma dah kol. Cakap abah masuk hospital lagi. kali ni kena operate kat mane ntah. Okay ma. Esok nya aku balik. Singgah kat MPKT . petang kalau tak silap. Masa tu abang e dah ade kat HSNZ . angah sekali. Ema n ma jaga abah. Kat icu .

Nak naik teksi gi HSNZ . tapi ma tak kasi. Ma suruh jugak abang e g ambik.yelaa.. dekat kan. Sampai kat sana pukul 4.. tapi masa tu hospital mane boleh masuk kan. So, kitorang duduk2 dulu kat bawah.. jalan2 tepi pantai. Heaven gila rasa. Tak tau ni keadaan abah macam mana. So, ma kata aku duduk terus la kat hospital. Tak yah balik. Biar ema balik pulak. Tukar2..

Aku okay je.. sebelum ni pun memang guard tu dah kena tipu pun. N dah kamcing sangat rasa. Nak turun beli kfc pun guard tu mintak tolong belikan..haa.. tak kamcing lagi ke gitu? Makan bersama sama. Gituu..

Okay.berbalik kepada cerita. Pukul 5pm tu kitorang pun naik la. Masa melawat.memang ramai la kan.tambah2 kat icu. Kat luar tu macam pasar dah aku tengok. Kat icu HSNZ ni takleh  masuk ramai2. Max 2 org je. Tu pun kena pakai pas pelawat.


gambar ihsan http://instagram.com/cik_epal

 So, aku biarkan pelawat2 lain gi masuk dulu. Aku?  Cool bebeh. Duk sini kan.bebile je boleh masuk. Masa ema n angah masuk tu..sekejap gila. Aku tengok mata diorang merah. Eleh.. yoyoo je kan. -_-

Abang e pun masuk kejap je. Lepas tu sape sape ntah masuk. N akhirnya aku n ma pulak. Ma teman aku. Padahal ma takmau masuk dah. Terkejut aku. Abah duk katil paling hujung. So sebelum sampai sana kena lalui pelbagai macam pesakit.semua yang duk icu sana teruk2. Sampai aku ni nak patah balik ke tak?patah balik ke tak? Okay..jalannn..

Mata abah kuning. Darah rendah. Takleh gerak. Mata je gerak2. X sanggup aku tengok. Buat2 tengok alat sekeliling. Gila kau aku nak ngadap abah ngn mata aku macam hape ntah. Comform kalau aku terkelip je mata ni terus empangan pecah. Pegang tangan abah. Sejuk je. Mata takleh nak tutup. Sebab muka dah terlalu cengkung. Minum susu je. Guna wayar =( 

Kejap je. Dalam 10minit je duk situ. Ma tak bagi duk lama2. Sebab nak bagi abah berehat. Keluar tu  terus terdiam. Takmau dah cakap macam2. Tetiba angah tunjuk gambar yang dia ambik. @^$## ! sepatut nya takleh ambik gambar ye dalam icu. Nanti bagi effect pd machine2 yg ada. Kitorang terdiam.

Hari sabtu.hari ahad. Aku duk situ. Pagi lepas semayang subuh dapat masuk sampai pukul tujuh. Lepas tu masuk masa melawat pukul 12.30. dan seterusnya pukul 5pm. masa tu je boleh masuk. Alhamdulillah. Dokter tutup mata abah. Sebab tak nak bagi cahaya masuk.

Pagi isnin tu dah okay siket. Sape ntah mesej Tanya macam mana keadaan abah. Aku  jawab okay. Makin baik. Mungkin boleh keluar dah. Lepas masa melawat n makan tengahari tu. Sepupu aku yg dokter n nurse naik. Nak tengok abah. Well. Dokter kan. Masuk cenggitu je haa.. kalau aku tau aku bwak baju lab aku ni jugak.. =)

Tiba2 je dokter panggil ma masuk sekali. Eh.aku? nak masuk jugak. Konpiden je ni. Tapi malang nya. Guard yg tak sporting tu Nampak. Terus dihalaunya aku. Sedih siot. Takpe. Aku tunggu kat luar. Terteleng teleng kepala duk nunggu. Then, sepupu aku tu pun keluar n dia cakap hape ntah ngn guard tu so aku boleh masuk. Yehaa.. eh.. sepupu aku ada cakap. Gi baca yasin kat abah nuh.erkk.. aku terus belari. Sempat la jatuh terguling kat pintu masuk. Cover2. Takde org. hnya pesakit je.. okay. Jalan dengan cool. Sampai je kat bed abah. Tengok ma nangis2. Eh apasal pulak kan.tengok kat mesin tu. Bacaan memang kucar kacir lintang pukang. Aku dah syak yg tak bape elok. Teringat pulak yg aku tak semayang zuhur lagi.k.gi semayang zohor n ambik yasin sekali.

Rupa rupanya dokter  dah nak cabut mesin yg kawal jantung abah. Katanya darah terlampau rendah. Kalau bertahan lebih lama pun kesian kat abah. Kali pertama aku tengok ma nangis. Dokter mintak semua ahli keluarga berkumpul.datang. tapi. Semua kat setiu sekarang ni.kalau nak tunggu pun mungkin ambik masa dalam 2jam.so sekarang hanya aku n ma je ada. Baca yasin.pegang tangan abah. Aku ni dah la noob sangat pasal mesin tu. Tengok je nombor turun naik tanpa memikirkan apa2. Baca yasin tak henti2. Hanya berdoa. Dalam hati dah terdetik “ kalau dah ajal abah, Tuhan Kau tolong lah permudahkan semua ini.” “kalau dengan cara Kau ambik abah, abah tak terseksa lagi..ambik lah”.  dah redha.

Tepat 4.18pm. abah pergi. Pergi dari dunia ni. Hanya aku dan ma je yang ada. =( . sempat hantar mesej sekeping dua buat kengkawan. Utk makluman

Dan masa menunggu sedara2 datang, aku sedekah kan lagi yasin dan alfatihah buat abah. Semoga dosa2 abah diampunkan.dan tak lupa juga ditempatkan di kalangan orang2 beriman.Aminn.

Nak balik rumah kat setiu. Nak kembalikan jenazah di rumah sendiri. Dengan menaiki van jenazah dan aku jugak yang berada dalam van tersebut dan  memang tak disangka sangka aku lagi yang terpilih berada di sebelah driver. Dalam van tersebut hanya kalimah2 suci je yg kedengaran. Bukan takleh berborak, Cuma masa tu otak dah kosong rasanya. Totally lost! Rasa macam ni satu mimpi yang panjang.

Sampai je rumah pun tetap cool. Tapi bila dah tengok ramai yang duk berkerumun kat rumah kita kan, tambah2 lagi dengar ade org baca yasin ni. Baru lah otak kembali berfungsi. Oh ! kenyataan rupanya. Tak boleh nak buat apa. Orang usung abah naik atas rumah. Letak atas tilam.terbaring kaku. Hanya kain putih yang membaluti. Abah ke ni? Ma pun meraung2. Macam orang tak sedar. Mungkin ma jugak macam aku. Baru sedar. Ni semua benar2 terjadi.



Banyak sebenar nya nak kongsi perasaan , pengalaman dan bla bla bla. Korang mungkin akan cakap ‘eleh, macam tu je pun kan..’  tapi ketahuilah.. apa yang korang baca takkan sama dengan apa yang aku rasakan. Dan suatu hari nanti bila korang dah rasa sendiri masa tu lah korang akan sedar. Apa itu sakit.jatuh.pedih. 


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     
( Al-Baqarah: 286)

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

TABAH  .aku kena kuat. peliss~

Sunday, September 15

Rindu..2


Menjadi seeorang perindu tegar. Rindu pada kenangan. Rindu pada arwah. Allahurabb.. salah kah aku  jika rasa rindu ini tidak mampu berhenti. 

Aku masih ingat lagi. masa tu study week bermula. Sem lepas la.. sem lepas aku Cuma ambik 3 paper je. First paper titas.. lepas tu seminggu kemudian pulak. Hari rabu minggu selepas nya. Dan juga jumaat.lepas paper titas aku saje2 call ma. Tanye kabar. Tapi ma cakap mase tu abah dah balik rumah.. ekceli abah mintak balik rumah.. apa2 pun dokter2 kat HSNZ sume nye sporting. Abah dibenarkan pulang. Tapi tuu la.. keadaan Nampak makin teruk. Abah pun takleh cakap banyak. Masa aku call ma, ma kata everything gonna be okay. Ececey..ma cakap omputih.. -_- .


Tapi lepas matikan talian.. lima sepuloh minit la jugak,angah call balik. Tanya bile pulak exam. Kalau abang E nak mari ambik aku nak balik x? urm.. aku terpikir jugak.. isk isk. Ape ni? Tadi kata okay..pastu nak mari ambik aku pulak.. ni mesti ae yg tak kena. Biasa nya ma tak bagi balik kalau tak teruk.


Aku call ma. Tak jawab. Aku call ema. Tak jawab jugak. Call angah pulak. Tak jawab jugak. Sedarkah kalian aku ni dah macam cacing kepanasan..huhu. usaha last. Call abang e.  yes! Dia jawab. Abang E dah on the way nak mari ambik aku. Maybe pukul 2am sampai lah dia kat UMP..aku dah siap sedia. Kemas baju. Simpan apa yg patut. Dan jugak bawak balik note. Sebab masih ada dua paper lagi yg tak ambik. 

Sepanjang perjalanan rasa tak sedap hati. Tapi selamber je tido.zzZZ. Takpe lah.bukan aku pun drive kan. Hehe..  pagi tu lepas subuh sampai rumah.. abah baring kat tempat biasa. Atas tilam yg aku selalu duk guna. Bukan aku je. Ekceli kitorang semua. Abah baring kat tengah rumah. Eh, kenapa tak bukak mata. Kalau buka pun sayu je nengok. Aku jadi sebak. Tapi takleh nak nangis. Semua siblings aku takde nye nak nangis.. hati kental semua nya. Semua tak share duka. Padahal macam ah aku tak tengok. Adik aku.akak aku. Sume nangis. T_T


Aku ingat kan biasa2 je. Tapi ni dah teruk. Nak cakap punya lah susah. Nak makan pun guna wayar. Boleh bayangkan tak? Badan tak usah cakap lah.memang kurus. Kurus sangat. Sedih.  Nak telan makanan memang tak boleh. Kencing guna wayar. Memang takleh gerak langsung. Okay. Kalau itu dah memang ketentuan dari Nya. Bukan kah sakit itu kafarah? Bagi menghapus dosa2 kecik. 

malam tu.. lepas magrib..same2 duk kat abah. iman pun ade sekali. aku tanya abah.. "abah, orang bace yasin deh?" abah angguk.. Allahurab.. sayu sangat hati ni.. memang kadang2 masa abah sihat dulu abah selalu suruh kitorang baca yasin. supaya abah tenang. kata nya. sambil2 baca..sambil2 air mata meleleh. tu la kai pertama aku nangis. depan abah. =(

Hari khamis.jumaat.sabtu.ahad n isnin . dah tiba masa kena gerak balik UMP . sebab rabu n jumaat ada exam lagi. kali ni pun ababg e jugak gi hantar. N sekaligus ambik barang2 semua.hati berat nak tinggal. tapi ape kan daya. ada amanah lain lagi yang perlu dipikul. 

tiba2 ma tanya aku.. kalau jadi apa2 pada abah macam mana? macam mana ngn exam. let say lah hari exam? aku marah ma. apa ni.. takkan jadi apa2 punya lah. jangan risau. takde ape2 berlaku. aku yakinkan ma. sebab aku rasa abah mampu bertahan lagi. abah kuat. 

aku kembali jugak ke UMP dengan berat hati. sebenar nya aku jugak pikirkan benda yg sama dengan yg ma pikir kan.. kalau lah.. syuhh.. think positive epal.

sangka kan panas hingga ke petang.. Rupanya hujan di tengah hari... *to b cont. x sanggup dah*

Monday, September 9

#Abah..1



Assalamualaikum..yang pertama dan pertama nya aku meminta pd semua agar sama2 menghadiahkan al fatihah buat arwah abah aku yg pergi lebih kurang 3bulan yg lalu..


Tanpa kita sedar.masa ni berjalan sangat laju sekali. Nah ! dah tiga bulan rupanya. 24jun pukul 4.18pm. di wad icu. Kenangan yg tak mungkin sesekali aku lupa.


Bila rindu itu datang.. tak kira masa atau tempat. datang tanpa diundang. Apakan daya. Selama 20tahun bersama. Walau kadang ditengking,dimarah,dihendik tapi bukan kah itu sayang? Tapi..biasalah. nama pun manusia. Bila ada tak dihargai. Bila dah tiada mula lah tercari cari. Normal? Kan? 


Dah lama abah sakit2.. mula2 aku perasan pun mase dah habis matrik.. lemah. Tak boleh nak makan. Tak ada selera katanya. Tapi.. ingat kan itu biasa..lama kelamaan abah semakin lemah. Ramai jugak panggil untuk berubat.tapi entah.. kadang2 okay..kadang2 tak.. waktu magrib mula lah.badan lemah.


Pernah gak bawak abah ke hospital. Tapi dokter kata disyaki sakit tibi. Kena duk wad seminggu dua. Tapi tahu2 lah abah tu..lari balik?ya..imam2 pun ade gak. Kata nya ada orang dengki.. AllahuAllam.. dah macam2 yg di suggest.. kta nya dah di pihak kritikal. 


Bulan 4 tak silap abah mula masuk wad kat hospital kuala Terengganu. Masa tu aku tak cuti lagi.. tapi dah nak cuti la kiranya. Ma macam biasa. Bukan nak bagitau pun kalau jadi ape2 kat abah. Angah yg duk johor bagitau. Aku marah ma. Ma marah aku balik. Ma marah aku susahkan diri. 


Masa cuti seminggu. Cuti mengundi. Aku balik. Lepas tu terus gi hospital. Oh.. tenang siket hati. Takde lah yg perlu dirisaukan sangat. Abah baik2 saje. Cume takleh nak jalan. Biase kan kalau gout?. Dua tiga hari jugak aku duk situ. Berkampung kat wad lelaki. Tingkat7 .ma kata abah nak kena operate kat peha. Sebab? Buah pinggang. Petang tu aku balik rumah ,malam tu abah kena operate. Tapi takde ape2 yg perlu dirisaukan lah. .memang pesakit buah pinggan akan di operate kat peha,then dada n last sekali kat lengan.


Dah operate kat peha tu pun abah masih lagi balik mengundi. Rugi dua undi katanya kalau tak balik. Ya ! aku tau ! ramai yg duk kata mengata. Sakit2 pun masih pikir politik. Tapi dia tak tau bah macam mana. Tu lah yg spesel nye abah.nasib baik abah beli exora mase aku dapat UMP hari tu. Dgn niat senang nak hantar ambik aku kat Pahang..

tapi rupa2 nya perancangan Dia lebih baik dari segala segalanya. Exora tu untuk senang bawak abah berulang alik ke hospital. Abang E lah yg jadi drebar.masa balik mengundi tu ramai la yg dating bertanya khabar. Tak kira lah musuh sebelum ni ke apa. terima kasih semua.tak sempat singgah kat rumah.lepas mengundi terus balik ke hospital semula.

~will be cont


Tuesday, April 2

birthday ku yang ohsemmm!

hoyeah.. ! lame nye x hupdate? why why? bizi sangat ke jiran mak ton ni?ehh.. ahaa..itu yg suuprise. saje je nak menghilang dari u ols *konon nye* , sebab nak  kumpul rindu rinduan u ols tu biar penuh satu baldi.pulak. okay. lets starts awer jerney.die dah mula dahh .

ohoi. beday aku ni. dah doploh taun hokay.memain kau. dalam pada makan x cukup,tidur x cukup, selalu homesick, ni haa..bertambah jugak umur. lepas magrib,menurut islam.maka seharus nye dan sewajar nya aku buang huruf satu tu.tinggal die sengsorang.wuuu.. sekarang i dah 20 okay. bawak 2 tu gi memane je i pegi. *kendong atas belakang. pewitt.. sekalian semesta mohon jeles. okay.yang ini over sangett.

ehem. sekali lagi korang semua patut jeles.bhahaha. so, as we ols semua tau, i ni memang addicted dengan Syeikh Muszaphar Syukor , n sangat menguja kan adalah beliau yg paling first wish beday untuk taun ni. hey ! mau tak gila aku. loncat2 atas katil sebab hepy sangat.haa..mase macam ni la semalam dia wish.lepas magrib. mase solat magrib xde pulak aku doa pasal die.erkk -_- . rezeki kot. ekceli try n error je kat page die.xtau pulak dia siap approve lagi aku jadi kawan ni.ahaha. best ! kau ade fren ngan die?xde kan??hahahaha sekali lagi.

haha..see ! bukti ni tau.haa..kelas kau jah. ~
berdasarkan gambar di atas, sudah percaya kah? ke ada yang tengas menangis kecemburuan?haha.aku mampu gelak nye nyah.sebab aku dah hepy. kih3.ni mau dua tiga minggu aku lock wall ni.xnak bagi orang conteng wall ni,dan seterusnya post Syeikh Muszaphar Syukor  i turun ke bawah. haa.. sape nak angkat balik?tau pun nak lari..

okay.lupakan dulu tentang kesedihan atau kecemburuan u ols tu semua. ni jom nyanyi reramai. xpe lah.dalam belog pun boleh (inikah yg dipanggil forever alone??) .

 Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Farhana kami
Allah selamatkan kamu.


p/s okay3..cepat tiup laptop u ols tu..

okay.sume dah nangis? nampak nya sampai sini je lah.membebel bnyak2 pun bukan u ols kasi hadiah kan?haa..nampak tu mainan psiko dia.tak..sebenarnya, kalau u ols doakan tentang kesejahteraan dan keamanan hidup i pun,i dah ucap bebanyak time kasih daun keladi.len kali boleh doa lagi.hee.bai.


 

Friday, January 11

SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN


nak join??? klik  belog kak mimi!

syarat2 nya x susah pun..

Nama sebenar?? 
NURUL FARHANA BT RAZALI a.k.a epal.  ehh...haha..xperlu tanye kenapa.

tarikh dilahirkan?? 
3 APRIL 1993 . okay!! sape same??? dah 20tahun..sobssss..

p/s sgt2 berharap ade yg same bday..hehe

Tuesday, December 25

Segmen luah sampai lebam

woi3..ape tajuk macam tu..sampai lebam2.. tumbuk nak?? haaa..tu korang tak tau.. aku join segmen weh..ahaha.. menang tak lain kire.yang penting tajuk nye tu..haaa..sampai lebam katenyerrrrr


ehemm3..bismillahirahmanirahim..
mak,ni orang ade luahan hati sket ni..sobss
nak balik kampung makk..sobss
tengok orang lain bawak beg memasing, redah hujan,tinggalkan ump,makan sedap2 kat umah,berpiknik sakan dgn family,oh noo..sobsss
bukan xnak balik..tapi bila pikirkan exam..
ku rela tanamkan hasrat tu jauh ke dalam sorok laci..sobss
xpe laa mak..nanti habis final orang balik ehh..sobss
mak masakkan nasi kerabu tau
nasi air jugak..
eh3,nasi ayam jugak..heee.. 
bai makk..jangan main banjir eh.

dah magrib..tu je la kot.mmg sesuai sekali tema segmen dgn keadaan aku skrg.. sobss *asyik sobss je,lempang nak??*
yang pasti nye mak aku xkan baca belog ni.xpe3,nanti mesej.muehehe.salam.

Wednesday, December 19

bebas bebas bebas



yeahhh..jom lompat katak sama2.. satuu,duaa,tigaa..hamboih3.sonok hang no.heee
opkos laa mak jah, den dah habis habis test/kuiz/kelas dan segala bagai tuh..ohoii..sonok nye kalau
 macam ni tiap hari..ehhh,baik duk kat umah.haha. dan dua hari brturut2 jugak aku xde kelas
 ni.alahai.best nye. <-- xpatut dicontohi langsung.

nak balik kampung!! ehh..tetibe.huhu.sume kawan2 a.ka. saing aku balik wei..sobss.tinggal lah aku n perantau2 yg lain meneruskan sisa2 hidup kami kat ump ni tau..sobss..ingat kitorang xnak balik ke?sobb lagi. nak balik la.nak makan nasi kerabu mak i wat okay.jugak nak makan nasi air yang i tolong mak i buat tuu..sobss lagi lagi.haaa..tengok.korang untungla.dah3.xnak kawan.

dan jugak rindu pada makhluk2 halus di rumah i tu.untuk makluman korang aku ade 5 makhluk halus. haa..tak tau kan? tu laa korang.lenkali stalk la smpai pengsan.baru la dapat kenal makhluk2 halus yang ade kat umah i.ni nak tau tak ni? haa.. tekan link #GambarMakhlukHalus.i sempat curi2 ambik gmbar diorang. yg hensom dan cantik tu mak bapak i..yg lain tu mkhluk halus nye.korang yang ade sakit jantung,lemah sendi,sakit gout, sakit tekak x dibenarkan klik link tu okay. nanti i jugak yg susah..hishh

Dah la..xnak taip entry panjang2..nanti u ol bosan pulak kan.. alahhh i tau lah, u ol nak pergi stalk orang lain pulak kan..hoooho...an an an..yeahh...smngat kerkatoonan i dah datang.so, i should must make sure, tengok kartoon skrg jgk..heeee..baibai .


Monday, September 17

saya rasa saya homesick lah~

apa yg aku buat kalau aku boring? atau tibe2 je keboringan itu muncul dalam hidup aku?  urmmm,jom kite terjahhh. *sesungguh nya skrg ni aku sdg boring+jiwa kacau* atau lebih saintifik lg homesick!

1. MENGEMAS
aku akan kumpul baju banyak2.. seluar2 atau selimut serta cadar.. bilik air skrg aku yg punyer!lantak la ape korang nak ckap.dah aku tensen ni..pandai2 lah . kalau kat ump ni,untung dkat ngn bilih utk mmbasuh baju..asal tensen je aku masuk c2 bserta baju2 kotor. asal aku bserta baju2 kotor je,mesti aku ngah tensen la tu.. kalau perlu mandi la sekali.. gerenti kemasalahan yg x sptut nya ada di dlam diri tu akan luntur serta merta.. InsyaAllah =) . dah siap sume basuh membasuh tu,then aku kemas plk..cadar or whatever..loker2 pun boley.. tgk la pulak thap kerajinan pd mase tu..

2.MELEPAK
kalau dkat kmpp dulu aku slalu lepak kat tasik..lepak ni x brmakne aku lepak ngn kgkawan2 sume.. aku suke duk sorang2 jer. kalo ade member2 pun skdar utk suke2 boleh laa..kalu nak share msalah aku rase kgkawan bkn kwn org yg plg tepat.(x jmpe lg org yg betul2 ... ) so,pagi2 aku slalu turun tasik kmpp yg x brapa besar tu. tengok air yg yg berapa jernih tu.. mmpu la wat tenang kan hati kan.  ingat lg dulu2 aku slalu duk tepi tasik pagi2.. sedih kot.sobsss...sbb mase tu tensen sgt,aku x suke english.then kene bljar versi english pulak tu..omak ai.sebak di hati ni kot.tambah2 bile masuk je bilik,tgok sume rumet tgh stdy.mau x tensen anak mak ni !alala...

kat ump ni pulak aku baru prasan yg habit lame berulang,tp berubah sdikit.mengapa? krn kat sini xde tasik.. mane mau lepak? ouhhh..sadis! . pagi2 je aku dah bukak tgkap.. ya! tingkap.tempat baru aku lepak.. sorang2 la.dah tgkap tepi meja stdy aku je kot. slalu jgk la kan. ekceli, bkn sbb ape aku pilih tmpat tu.. sbnarrr nye aku HOMESICK. dulu duk tepi tasik nmpak la femily2 dorang dtg..sobsss. ni tepi tgkap,lagi jelas dan xyah suluh2 dah ,bkn stakat femily , jiran, kaum kerabat sume dtg..waaaaa!

 3.LAYAN HATI
aku akan dengar lagu ini dan ini.. mengertilah sekalian alam bawaha aku sdg dan sangat homesick..uhuk3..lagu ni diperkenalkan oleh rumet2 time kat matrik dulu.siriesli!sgt mmbakar jiwa ku..nak balikkk umah walhal kat umah slalu gaduh3..sobbs3,.then tido la,hrap2 lepas bngun tido dah de kat umah..syok nyee.

4. BERSERAH PADA NYA
ya! semesti nya..kita brgantung pd Nya yg Esa.. Allahuakbar!.. byk kan selawat,bace alQuran.kalo boleh solat di awal waktu..bkn kalo boleh,tapi  wajibkan diri tuu.  aku boleh!huhu.. kene pandai kawal emosi,jgn emosi kawal kite..think +ve..  x g ke mane pun kalu kite duk asyik pikir sal umah kan? ok3.. ump best! ump hebat!hehe.. raya haji nnti aku balik la...bile dah xtau nak buat ape kan,gini lah jadi nye. chill epal ^_^