follow hokeh !

Sunday, September 15

Rindu..2


Menjadi seeorang perindu tegar. Rindu pada kenangan. Rindu pada arwah. Allahurabb.. salah kah aku  jika rasa rindu ini tidak mampu berhenti. 

Aku masih ingat lagi. masa tu study week bermula. Sem lepas la.. sem lepas aku Cuma ambik 3 paper je. First paper titas.. lepas tu seminggu kemudian pulak. Hari rabu minggu selepas nya. Dan juga jumaat.lepas paper titas aku saje2 call ma. Tanye kabar. Tapi ma cakap mase tu abah dah balik rumah.. ekceli abah mintak balik rumah.. apa2 pun dokter2 kat HSNZ sume nye sporting. Abah dibenarkan pulang. Tapi tuu la.. keadaan Nampak makin teruk. Abah pun takleh cakap banyak. Masa aku call ma, ma kata everything gonna be okay. Ececey..ma cakap omputih.. -_- .


Tapi lepas matikan talian.. lima sepuloh minit la jugak,angah call balik. Tanya bile pulak exam. Kalau abang E nak mari ambik aku nak balik x? urm.. aku terpikir jugak.. isk isk. Ape ni? Tadi kata okay..pastu nak mari ambik aku pulak.. ni mesti ae yg tak kena. Biasa nya ma tak bagi balik kalau tak teruk.


Aku call ma. Tak jawab. Aku call ema. Tak jawab jugak. Call angah pulak. Tak jawab jugak. Sedarkah kalian aku ni dah macam cacing kepanasan..huhu. usaha last. Call abang e.  yes! Dia jawab. Abang E dah on the way nak mari ambik aku. Maybe pukul 2am sampai lah dia kat UMP..aku dah siap sedia. Kemas baju. Simpan apa yg patut. Dan jugak bawak balik note. Sebab masih ada dua paper lagi yg tak ambik. 

Sepanjang perjalanan rasa tak sedap hati. Tapi selamber je tido.zzZZ. Takpe lah.bukan aku pun drive kan. Hehe..  pagi tu lepas subuh sampai rumah.. abah baring kat tempat biasa. Atas tilam yg aku selalu duk guna. Bukan aku je. Ekceli kitorang semua. Abah baring kat tengah rumah. Eh, kenapa tak bukak mata. Kalau buka pun sayu je nengok. Aku jadi sebak. Tapi takleh nak nangis. Semua siblings aku takde nye nak nangis.. hati kental semua nya. Semua tak share duka. Padahal macam ah aku tak tengok. Adik aku.akak aku. Sume nangis. T_T


Aku ingat kan biasa2 je. Tapi ni dah teruk. Nak cakap punya lah susah. Nak makan pun guna wayar. Boleh bayangkan tak? Badan tak usah cakap lah.memang kurus. Kurus sangat. Sedih.  Nak telan makanan memang tak boleh. Kencing guna wayar. Memang takleh gerak langsung. Okay. Kalau itu dah memang ketentuan dari Nya. Bukan kah sakit itu kafarah? Bagi menghapus dosa2 kecik. 

malam tu.. lepas magrib..same2 duk kat abah. iman pun ade sekali. aku tanya abah.. "abah, orang bace yasin deh?" abah angguk.. Allahurab.. sayu sangat hati ni.. memang kadang2 masa abah sihat dulu abah selalu suruh kitorang baca yasin. supaya abah tenang. kata nya. sambil2 baca..sambil2 air mata meleleh. tu la kai pertama aku nangis. depan abah. =(

Hari khamis.jumaat.sabtu.ahad n isnin . dah tiba masa kena gerak balik UMP . sebab rabu n jumaat ada exam lagi. kali ni pun ababg e jugak gi hantar. N sekaligus ambik barang2 semua.hati berat nak tinggal. tapi ape kan daya. ada amanah lain lagi yang perlu dipikul. 

tiba2 ma tanya aku.. kalau jadi apa2 pada abah macam mana? macam mana ngn exam. let say lah hari exam? aku marah ma. apa ni.. takkan jadi apa2 punya lah. jangan risau. takde ape2 berlaku. aku yakinkan ma. sebab aku rasa abah mampu bertahan lagi. abah kuat. 

aku kembali jugak ke UMP dengan berat hati. sebenar nya aku jugak pikirkan benda yg sama dengan yg ma pikir kan.. kalau lah.. syuhh.. think positive epal.

sangka kan panas hingga ke petang.. Rupanya hujan di tengah hari... *to b cont. x sanggup dah*

Monday, September 9

#Abah..1



Assalamualaikum..yang pertama dan pertama nya aku meminta pd semua agar sama2 menghadiahkan al fatihah buat arwah abah aku yg pergi lebih kurang 3bulan yg lalu..


Tanpa kita sedar.masa ni berjalan sangat laju sekali. Nah ! dah tiga bulan rupanya. 24jun pukul 4.18pm. di wad icu. Kenangan yg tak mungkin sesekali aku lupa.


Bila rindu itu datang.. tak kira masa atau tempat. datang tanpa diundang. Apakan daya. Selama 20tahun bersama. Walau kadang ditengking,dimarah,dihendik tapi bukan kah itu sayang? Tapi..biasalah. nama pun manusia. Bila ada tak dihargai. Bila dah tiada mula lah tercari cari. Normal? Kan? 


Dah lama abah sakit2.. mula2 aku perasan pun mase dah habis matrik.. lemah. Tak boleh nak makan. Tak ada selera katanya. Tapi.. ingat kan itu biasa..lama kelamaan abah semakin lemah. Ramai jugak panggil untuk berubat.tapi entah.. kadang2 okay..kadang2 tak.. waktu magrib mula lah.badan lemah.


Pernah gak bawak abah ke hospital. Tapi dokter kata disyaki sakit tibi. Kena duk wad seminggu dua. Tapi tahu2 lah abah tu..lari balik?ya..imam2 pun ade gak. Kata nya ada orang dengki.. AllahuAllam.. dah macam2 yg di suggest.. kta nya dah di pihak kritikal. 


Bulan 4 tak silap abah mula masuk wad kat hospital kuala Terengganu. Masa tu aku tak cuti lagi.. tapi dah nak cuti la kiranya. Ma macam biasa. Bukan nak bagitau pun kalau jadi ape2 kat abah. Angah yg duk johor bagitau. Aku marah ma. Ma marah aku balik. Ma marah aku susahkan diri. 


Masa cuti seminggu. Cuti mengundi. Aku balik. Lepas tu terus gi hospital. Oh.. tenang siket hati. Takde lah yg perlu dirisaukan sangat. Abah baik2 saje. Cume takleh nak jalan. Biase kan kalau gout?. Dua tiga hari jugak aku duk situ. Berkampung kat wad lelaki. Tingkat7 .ma kata abah nak kena operate kat peha. Sebab? Buah pinggang. Petang tu aku balik rumah ,malam tu abah kena operate. Tapi takde ape2 yg perlu dirisaukan lah. .memang pesakit buah pinggan akan di operate kat peha,then dada n last sekali kat lengan.


Dah operate kat peha tu pun abah masih lagi balik mengundi. Rugi dua undi katanya kalau tak balik. Ya ! aku tau ! ramai yg duk kata mengata. Sakit2 pun masih pikir politik. Tapi dia tak tau bah macam mana. Tu lah yg spesel nye abah.nasib baik abah beli exora mase aku dapat UMP hari tu. Dgn niat senang nak hantar ambik aku kat Pahang..

tapi rupa2 nya perancangan Dia lebih baik dari segala segalanya. Exora tu untuk senang bawak abah berulang alik ke hospital. Abang E lah yg jadi drebar.masa balik mengundi tu ramai la yg dating bertanya khabar. Tak kira lah musuh sebelum ni ke apa. terima kasih semua.tak sempat singgah kat rumah.lepas mengundi terus balik ke hospital semula.

~will be cont