follow hokeh !

Sunday, November 29

Bila?




Tak mengharapkan pelangi timbul selepas hujan. Cukuplah sekadar langit yang cerah dan awan yang mampu menenangkan hati yang sedang gundah. ditambah dengan secangkir kopi pengubat hati yang resah. dan 
.
.
.
.
.
.
.
AWAK
Sunday
12.46 am

Sunday, June 7

Tuhan, aku tak mintak banyak




Tuhan, aku tak mintak banyak.

Nanti, mungkin sepuluh tahun akan datang, aku tak harap pun aku jadi famous ke apa. Aku tak teringin langsung nak jadi jutawan ke, dapat duit puluhan billion ke. Tapi aku nak hidup aku tenang. Aku nak buat kerja yang aku suka, gaji tak tinggi sangat pun tak apa, asal cukup makan pakai aku, cukup nak bagi mak tiap bulan,cukup nak bawak family pergi mana2, cukup nak isi petrol kereta dengan bayar internet. Tak payah ada kerete pun tak apa kot. Apedehal, asalkan public transportation kat Malaysia dah efficient dan maju. Kurang sesak, tak payah bayar minyak, tak payah bayar tol.

Tuhan, aku tak mintak banyak.

Tapi kalau boleh kurniakan aku kesayangan yang boleh isi kehilangan. Aku tak berkehendak yang muka jambu, kulit putih mulus ataupun yang kacak nak mampus. Itu nanti susah nak jaga. Apa kata Kau beri aku seorang yang biasa. ? seorang yang aku boleh rasa nak build a snowman bersama. Ye, aku tahu Malaysia ni panas mana boleh nak build  a snowman. Tapi iCity kan ada. ^_^

Tapi itulah kan, manusia tetap akan kekal menjadi manusia. Sekejap kau kata nak yang ini, tapi lepas dah dapat, kau akan mula mintak yang itu, itu dan itu. Berapa orang atas dunia yang serupa dengan aku? Aku yang tak pernah puas, aku yang berperangai lagak binatang buas. Aku yang tak pernah rasa cukup, kalau tak dapat rasa nak meletup.

Saban hari sebelum tidur, kau mungkin berdoa “ Tuhan, tolong hidupkan aku esok pagi. Beri aku peluang sekali lagi.” Tapi bila Tuhan beri kau kesempatan untuk melihat matahari, kau mencarut kerana mungkin ada benda yang buat kau sakit hati. Pantang jika ada aral yang mendatang, mulalah nak cabut nyawa dari badan. Aku yang melihat kau meroyan hari hari pun rasa nak jerit:


Apa kau nak lagi ungrateful brats??

*September
7jun2015

Thursday, January 1

kalau boleh, aku nak berlari





       Dulu, aku selalu berharap, selalu berdoa supaya Tuhan letakkan aku pada jalan yang senang-senang. Kalau boleh, aku taknak hala hidup aku macam jalan bengkang bengkok. aku nak highway tiga lane yang straight terus sampai hujung. Tapi, kenapa aku harus demand gila kan? Tak tahu bersyukur betul. jadi sekarang, aku ubah siket. Aku masih mahukan perjalanan hidup yg kurang susah. 

      Tapi kalau ditakdirkan laluan yang harus aku tempuh tu seperti jalan kampung yang masih tanah merah belum bertar aku tetap terima. dan aku berharap, berdoa supaya, Tuhan tetapkan aku, hati aku, jiwa aku , untuk terus kuat. tak Kisahlah seteruk mana pun kondisi yang perlu aku hadapi. Aku akan terus berdoa, aku masih kuat, masih gigih untuk terus berdiri, berjalan dan kalau boleh, aku nak berlari.

Koskenvorva,
1 jan 2015, UMP
salam imtihan.