follow hokeh !

Monday, December 30

~Pemadam~




aku pemadam..

kadangkala aku tertanya tanya kenapa aku dijadikan pemadam. kenapa tak pencil box? atau calculator mungkin. boleh jugak aku dijadikan pelindung . dan memudahkan kerja tuan aku kelak. bahkan mungkin aku akan disayang oleh tuan aku melebihi daripada yang lain. almaklumlah, calculator tu mahal harga nya. mestilah dijaga seelok elok nya kan. kalau pemadam ? rm 0.20 je. yang paling mahal pun rm1.00 . jadi aku tak dihargai sangat lah. biasalah manusia kan. kalau yang mudah didapati tu senang2 je dia lupakan. abaikan.

Hidup aku tak seperti kawan2 aku yang lain. tapi aku bahagia. bahagia dalam kesedihan. tugas aku hanya perlu korbankan sedikit demi sedikit tubuh badanku. aku korbankan kerana ingin membantu tuan aku. kesalahan yang dilakukan oleh encik pensil tu aku rasa boleh lagi dimaafkan. sebab tu lah aku redha. malah aku biarkan saja apa yang terjadi pada diriku. supaya aku dapat lihat senyuman terukir di bibir tuan aku.

Aku tidak kisah. sebagaiman yg kalian lihat, Aku dilahirkan adalah untuk melakukan tugas ini. iaitu memadam kesalahan2 yang dilakukan oleh encik pensel. kenapa aku perlu mempertikaikan lagi? malah aku ikhlas membantu encik pensel bila-bila masa dia melakukan kesilapan, walau suatu masa nanti aku tahu yang aku akan hilang dan tuan aku akan menggantikan aku dengan pemadam yang baru,.

korang tau kan..prinsip aku. kalau aku tak dapat gembira kan dia pun sekurang kurangnya aku mampu menceriakan hari hari dia. Dan aku berharap agar dapat meneruskan perjuangan aku ini hingga ke *habuk2 yang terakhir.



bosang tak study. 15minit je. bukan cerita cerituk semata mata melainkan terdapat pengajaran serta kePERLIan.

1 comment: